Monday, 19 October 2015

SHANGHAI, CHINA

PAKEJ PERLANCONGAN KE SHANGHAI, CHINA


Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej perlancongan ke Shanghai, China juga selain Beijing, Guilin & Xi'an. Pakej berlangsung selama 5 Hari 4 Malam , penerbangan hanya ada setiap jumaat sahaja dan menawarkan harga serendah RM 2,099 seorang. Pakej ini "Full Board" iaitu harga termasuk tiket penerbangan pergi balik, Cukai lapangan terbang di KLIA, Penginapan hotel bertaraf 3 bintang / 4 bintang yang telah disertakan sarapan pagi di dalam hotel, Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan di dalam pakej, Tiket masuk ke lawatan & Makan tengah hari dan makan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga akan berubah mengikut tiket penerbangan semasa. Harga ini juga tidak termasuk harga "Tipping Tour Guide" , Insuran dan Makanan di dalam penerbangan. 

MENGEMBARA KE SHANGHAI, CHINA 

(5 HARI 4 MALAM)




Shanghai China yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.




Tempat yang dilawati di Shanghai, China.


HARI PERTAMA


SHANGHAI PUDONG INTERNATIONAL AIRPORT

Perjumpaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA/KLIA2, tiga jam sebelum penerbangan ke shanghai. Berjumpa berdekatan informasi kaunter bersebelahan dengan Bibik Haritage Restoran dan Starbuck Kafe. Selalunya penerbangan pada waktu petang dalam linkungan jam 7 malam. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam 10 minit untuk sampai ke Shanghai Pudong International Airport. Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang telah menunggu di luar pintu ketibaan dan akan terus di hantar ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.



HARI KEDUA



MASJID XIAOTAOYUAN
XIU HU WEST LAKE
Selepas sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat Masjid Xiaotaoyuan yang dibina pada tahun 1917, menjadi tempat agama untuk penduduk muslim Shanghai, tempat   pendidikan dan pusat aktivti kebudayaan. Peserta juga akan dibawa melawat ke Dataran Rakyat yang merupakan dataran awam yang terbesar di Shanghai. Selepas makan tegah hari, peserta akan dibawa ke "Bamboo Charcoal Center", di waktu petang pula akan pergi ke Bandar Hangzhou , yang merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang paling terkenal dan makmur di China. Kemudian peserta akan dibawa melawat ke tempat tumpuan utama Hangzhou iaitu "West Lake" atau "Xi Hu" menaiki cruise dan lawati Nansong Yu Street. Selepas makan malam, daftar masuk ke hotel Hangzhou dan berehat.


HARI KETIGA


MASJID HANGzHOU PHOENIX
LONGJING TEA PLANTATION
Selepas sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat ke Masjid Hangzhou Phoenix, adalah salah satu daripada empat masjid yang terkenal di China. Kemudian peserta akan dibawa melihat ikan di Flower Pond yang terletak di kawasan seluas dua puluh satu hektar Selepas makan tegah hari peserta di bawa melawat Longjing Tea Plantation. Di waktu petangnya peserta akan di bawa pergi ke bandar Suzhou oleh pemandu pelancong, Suzhou mempunyai pemandangan yang indah, kaya dengan budaya dan produk pertanian yang banyak. Kemudian dibawa melawat Jinji Lake (Golden Rooster Lake) yang merupakan tasik terbesar di bandar pendalaman di China dan Bird Nest Suzhou. Selepas itu peserta dibawa melawat Suzhou Guanqian Street. Selepas makan malam daftar masuk hotel di Suzhou dan berehat.


HARI KEEMPAT

OUYUAN GARDEN (LOTUS GARDEN)
THE BUND (WAI TAN)

Selepas sarapan pagi di hotel. Melawat Taman Ouyuan (Lotus Garden) yang dibina pada Dinasti Qing (1644 - 1911) dan pada tahun 2000 telah disenaraikan sebagai tapak "UNESCO World Heritage". Kemudian selepas makan tegah hari, melawat Kilang Sutera. Di waktu petang pula peserta akan dibawa ke bandar Shanghai dan diberi aktiviti sendiri untuk peserta membeli-belah di Nanjing Road yang merupak jalan membeli-belah utama di Shanghai dan juga salah satu daripada jalan-jalan membeli-belah yang paling sibuk di dunia. Kemudian melawat ke The Bund (Wai Tan) adalah salah satu tempat simbol Shanghai di sepanjang Sungai Huangpu. Selepas makan malam, nikmati Huangpu River Cruise dan daftar masuk hotel di Shanghai dan rehat.


HARI KELIMA

XINTIANDI

Selepas sarapan pagi di hotel, melawat Masjid Puxi yang dibina pada tahun 1922. Kemudian melawat Tongrentang Scald Ointment Factory dan dibawa ke Jade center. Peserta kemudian dibawa makan tegah hari dan di bawa ke Xintiandi yang merupakan kawasan rekreasi yang baru dibangunkan dengan bangunan Shikumen gaya lama. Selepas makan malam dibawa ke Lapangan terbang Shanghai untuk berlepas ke Kuala Lumpur. dan peserta dapat pengalaman manis dan kenangan indah.  


No comments:

Post a Comment