Thursday, 8 October 2015

KEMBARA SUFI menjelajah ke CHINA.



KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN. BHD. adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej-pakej berasaskan islamik, ia juga sepenuhnya dimiliki daripada agensi pelancongan Bumiputra. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. yang terletak di Seksyen 15, 40100 Shah Alam Darul Ehsan. Bermula operasi sejak 21 Disember 2012. Antara pakej yang ditawarkan oleh Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja, China, Australia dan Korea. Diasaskan oleh Al-Ustaz Fadzil Bin Hidzir & Ahmad Idzuan Bin Dato' Haji Sulaiman , Syarikat Perkongsian. Bermula dari tahun 2006, Pengarah Urusan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. terlibat dalam bidang perniagaan dengan usaha dalam pemasaran, pengurusan, perkhidmatan, dan agensi pelancongan. Walaupun hanya bersenjatakan sedikit pengalaman semasa belajar dalam memberikan perkhidmatan perlancongan melawat ke negara luar yang telah berjaya.

Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd telah terlibat secara aktif dalam menyediakan dan menguruskan tiket penerbangan pakej perlancongan lawatan penyelidikan pelajar pakej bulan madu, permohonan visa , dan perkhidmatan lain lagi. Mengenai dengan kos lawatan ianya ti dak akan membebankan pelanggan. Tempat yang sering dilawati dan menjadi tumpuan pelancong adalah negara China. Di antara tempat lawatan di China ialah Beijing, Xian, Guilin Shanghai, Hong Kong- Shen zhen - Ghuang zhou & Ghuang zhou- Shenzhen dengan memaparkan dan mengupas sejarahdi setiap negara yang dilawati demi mendapatkan pengalaman dan kebaikan kita bersama. Disamping itu ianya dapat mengeratkan silatulrahim. Insyaallah Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. akan melaksanakan tugas sebaik mungkin demi memaksimumkan kepuasan dan memberi informasi yang berguna dalam rangka menerangkan tempat-tempat bersejarah yang bakal anda lawati.


Selain itu, pihak Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. mengalu-alukan anda untuk menjelajah ke negara China untuk merasai pengalaman bersejarah di sebuah tamadun tertua di dunia. Semoga usaha kami ini mempermosikan tamadun sejarah yang tertua di dunia ini dapat memberikan satu pengalaman kepada kita bersama dan dapat merapatkan ukhwah diantara satu sama lain. Akhir kata jelajahlah dan galilah sejarah tamadun tertua di dunia ini, semoga anda mendapat mutiara di dalamnya.


Sekian, dari kami Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd.





PAKEJ PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA


Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej-pakej percutian ke China. Antara pakej perlancongan yang kami sediakan ialah Beijing, Xi'an , Guilin, Shanghai, Hongkong - Shenzen - Guangzhou, & Guangzhou - Shenzen .

Kami menawarkan pakej melancong ke Beijing, China selama 7 Hari 5 Malam dengan harga serendah RM 1,899 seorang dan harga ini akan berubah mengikut harga tiket penerbangan semasa.Ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, cukai lapangan terbang di KLIA, penginapan Hotel yang bertaraf 3 bintang / 4 bintang beserta sarapan pagi, Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan yang ada di dalam pakej, tiket masuk lawatan & makan tegah hari dan makan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga tidak termasuk harga tipping untuk Tour Guide, visa untuk masuk ke China, Insuran dan juga makan di dalam penerbangan.


MENGEMBARA KE BEIJING, CHINA (7 HARI 5 MALAM)


China merupakan merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang.

Beijing pula adalah Ibu kota dari Republik Rakyat Tiongkok dan salah satu kota terpadat di dunia, dengan populasi 19.612.368 pada tahun 2010. Kota ini merupakan negara politik , budaya, pusat pendidikan dan militer. kota metropolitan di wilayah utara Republik Rakyat Tiongkok adalah ibu kota Republik Rakyat Tiongkok. Beijing termasuk satu dari empat kotamadya di Republik Rakyat Tiongkok, yang sebanding dengan provinsi dalam struktur administrasi pemerintahan Tiongkok. Berbatasan dengan provinsi Hebei di utara, barat, selatan dan beberapa bagian di timur, dan dengan Tianjin di wilayah tenggara.

Tempat yang dilawati di Bejing, China

HARI PERTAMA

Perjumpaan di Airport KLIA2 / KLIA (bergantung pada tiket penerbangan AirAsia/Mas Airline) di kaunter informasi berdekatan dengan starbuck restauran tiga jam sebelum penerbangan .Penerbangan pada jam 7.10 p.m.(waktu malaysia) . pejalanan mengambil masa dalam enam jam lima minit.

HARI KEDUA

FORBIDDEN CITY
Sampai di Beijing International Airport pada jam 1.15a.m. (waktu malaysia) , perbezaan diantara waktu Malaysia dan Bejing adalah sama. Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang berada di pintu keluar ketibaan dan peserta akan di hantar ke hotel untuk berehat. Sarapan di hotel pada jam 6.30 pagi dan akan meneruskan pejalanan pada jam 8 pagi / 9 pagi untuk melawat Tian An Men Square adalah salah satu tempat yang merupakan  dataran terbesar di dunia, bersempadan dengan Dewan Besar Rakyat dan Pengerusi Makam Mao, dan kemudian melawat Kota larangan (Forbidden City). Berhenti di Kedai Sutera (Silk Store) yang paling terkenal, yang mempunyai pelbagai jenis bahan-bahan sutera dengan kualiti yang terbaik.Kemudian Menikmati keindahan Persembahan Akrobati selepas makan malam dan balik ke hotel untuk berehat.

HARI KETIGA



MUSEUM JADE
THE GREAT WALL

Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan pagi melawat ke Muzium Jade. Hari ini juga merupakan kemuncak pelancongan China, peserta dapat mendaki Tembok Besar China (The Great Wall of China). Makan tengah hari akan diaturkan di restauran muslim tempatan berhampiran  Tembok Besar China, diikuti beberapa masa untuk membeli-belah di Crystal Shop. Melawat ke Pusat Burning Cream . Kemudian selepas makan malam, melawat Beijing No.1 Street-Wang Fu Jing Shopping Street dan Pasar Makanan Malam (Night FoodMarket) disana mempunyai makanan ringan yang halal. Kemudian balik ke hotel untuk rehat.

HARI KEEMPAT



SUMMER PALACE

MASJID NIUJIE
Selepas sarapan di hotel kemudian melawat ke Fresh Water Pearl Centre pembukaan di hari ketiga. Kemudian peserta melawat ke Istana Musim Panas(Summer Palace), ia merupakan taman empayar terbesar di China. Sebelum makan tengah hari, peserta akan di sediakan Profesional Urut Kaki di Pusat Perubatan Tradisional China dan kemudian berhenti solat di Masjid Niujie yang terkenal. Peserta juga diberi peluang melihat Muslim Supermarket , adalah merupakan satu-satunya pasaraya bagi umat islam di Beijing. Kemudian disana peserta berpeluang untuk menikmati minuman tea China percuma yang amat sedap diminum pada musim sejuk di Tea House. Selepas makan malam peserta akan di bawa ke Pasar Xiushui , ia merupakan bazar yang paling popular di Beijing. Pulang ke hotel untuk berehat selepas penat berjalan seharian.

HARI KELIMA



THE BIRD NEST

THE WATER CUBE
Sarapan di hotel dan kemudian akan di bawa peserta ke The Bird Nest dan The Water Cube untuk sesi begambar dengan pemandangan yang tercantik di Beijing. Kemudian diberi peluang membeli-belah di Olympic Sponsor Jewelry City. Selepas makan tengah hari peserta akan dibawa membeli-belah ke Yang Guang Jin Jie Market.Kemudian makan malam dan kembali ke hotel untuk berehat.

HARI KEENAM

Pada hari terakhir di Beijing diberi peluang untuk mengemas barangan persendirian dan sarapan di hotel sebelum "check-out" untuk makan tegah hari di restauran halal. Kita akan menghabiskan masa di pusat membeli-belah pada saat terakhir di Yaxiu yang popular dan menarik yang berada di Beijing. Kemudian pergi menikmati makan malam di restauran halal yang terakhir di Beijing. Pemandu Pelancong akan membawa semua peserta ke lapangan terbang Beijing (Beijing International Airport). 

HARI KETUJUH

Sampai di Airport KLIA/KLIA2 . Perjalanan mengambil masa dalam enam jam dua puluh lima minit . Peserta kembali kerumah masing-masing dan mendapat memori dan pengalaman yang menarik.













No comments:

Post a Comment