Monday, 12 October 2015

MENGEMBARA KE XI'AN, CHINA

PAKEJ PELANCONGAN KE XI'AN, CHINA


Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. juga menawarkan pakej perlancongan ke Xi'an, China selama 6 Hari 4 Malam dan menawarkan harga serendah RM 1,899 seorang , harga ini akan berubah mengikut harga tiket penerbangan semasa . Pakej ini juga menawarkan harga "Ground" iaitu harga tanpa tiket penerbangan pergi balik dan juga "Full Board" iaitu harga termasuk penerbangan pergi balik, Cukai lapangan terbang di KLIA, Penginapan hotel yang bertaraf 3 bintang / 4 bintang yang disertakan sarapan pagi di hotel,  Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan di dalam pakej, Tiket masuk lawatan & makan tengah hari dan  makan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga tidak termasuk "Tipping tour guide",  Visa masuk ke china, Insuran dan Makan di dalam penerbangan. Selalunya penerbangan yang di ambil adalah AirAsia Airline atau Mas Airline. Penerbangan biasanya pada hari Isnin ataupun Selasa.



MENGEMBARA KE XI'AN , CHINA (6 Hari 4 Malam)


XI'AN adalah ibu kota dari Provinsi Shaanxi di Republik Rakyat Tiongkok dan juga sebuah kota sub-provinsial. Sebagai salah satu kota tertua di Tiongkok, Xi'an adalah salah satu dari Empat Ibu kota Kuno Tiongkok karena kota ini telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti-dinasti Tiongkok yang paling berpengaruh, termasuk Zhou, Qin, Han, Sui, dan Tang. Xi'an juga adalah titik paling timur dari Jalan Sutra dan dikenal sebagai situs bersejarah Prajurit Terakota dari masa Dinasti Qin. Kota Xi'an memiliki sejarah lebih dari 3.100 tahun dan dikenal sebagai Chang'an sebelum era Dinasti Ming.

Sejak tahun 1990-an, sebagai bagian dari tonggak kebangkitan ekonomi pedalaman Tiongkok terutama untuk wilayah tengah dan barat laut, kota Xi'an telah bertumbuh sebagai pusat budaya, industri dan pendidikan yang penting, dengan berbagai fasilitas pengembangan dan penelitian untuk ilmu pengetahuan, militer dan program antariksa Tiongkok.

Tempat yang dilawati di Xi'an, China

HARI PERTAMA

Perjumpaan di Lapangann Terbang KLIA/KLIA2 (bergantung pada tiket penerbangan AirAsia atau Mas Airline) berdekatan dengan informasi kaunter bersebelahan dengan Bibik Haritage Restoran dan Starbuck Cafe dan berjumpa tiga jam sebelum penerbangan. Kebiasaanya penerbangan pada jam 6.15 p.m.(waktu Malaysia) dan perjalanan mengambil masa dalam lima jam untuk sampai ke Xi'an Xianyang International Airport. 


HARI KEDUA


ANCIENT CITY WALL


Sampai di Xi'an Xianyang International Airport pada jam 11.15 p.m.(waktu Malaysia). Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang berada diluar pintu ketibaan, kemudian akan hantar peserta untuk "check-in" hotel dan berehat . Sarapan di hotel pada jam 7 a.m. dan akan meneruskan perjalanan pada jam 8 a.m / 9 a.m untuk melawati sekitar Xi'an, merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang tertua di dunia yang mempunyai sejarah yang jelas dan yang kaya dengan budaya. Ia bukan sahaja tempat kelahiran Negara China, tetapi juga tempat kelahiran civilianization manusia di Asia dan pusat kebudayaan tamadun besejarah. Xi'an juga menjadi pusat ekonomi Islam di Barat China, Selepas makan tegah hari, kemudian di bawa melawat ke Ancient City Wall outlook . Sebelum pulang ke hotel, makan malam di restoran makanan halal dan kembali ke hotel untuk berehat.



HARI KETIGA



BIG WILD GOOSE PAGODA SQUARE
GREAT XI'AN MESEUM
MUSLIM STREET
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta di bawa melawat ke kilang sutera. Selepas makan tengah hari, di bawa solat di Masjid Great Xi'an yang dibina pada tahun 742 semasa Dinasti Tang, ia adalah salah satu masjid yang tertua dan terbesar di China. Lawatan ke "Muslim Street" yang mempunyai sejarah lebih daripada seribu tahun dan kini Xi'an pusat bandar makanan ringan yang Halal. Kemudian pelanggan akan menikmati minuman teh china secara percuma, Lawati juga Big Wild Goose Pagoda Square yang dibina pada 589 persegi bertema Dinasti Tang. Kemudian di bawa membeli-belah di Great Tang All Day Mall Street selepas makan malam dan kembali ke hotel untuk berehat.

HARI KEEMPAT 



TERRACOTTA WARRIORS
JADE CENTER
Selepas sarapan pagi di hotel, Lawatan ke Terracotta Warriors, merupakan koleksi pahlawan dan kuda ditemui pada tahun 1974. Terracotta telah dikebumikan dengan Maharaja pertama Qin di 210-209SM kini di panggil sebagai "Eighth World Wonder". Kemudian selepas makan tengah hari, solat di City Southern Mosque yang mempunyai sejarah 500 tahun semasa Dinasti Qing, dan kemudian peserta akan di bawa melawat tiga warna kilang seramik (Tree-Color Ceramic Factory) untuk melihat proses pembuatan terracotta itu dan melawat Jade Center. Pada di sebelah petang, melawat  untuk Baoshutang Scald Ointment Factory. Kemudian di bawa membeli-belah ke Bell & Drum Tower Square Shopping Mall. Selepas makan malam, pulang semula ke hotel untuk berehat.


HARI KELIMA



SHAANXI PROVINCE MESUEM 


SOUTHERN ANCIENT CALTURE STREET
HANCHENG LAKE NATIONAL SCIENCE AREA

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa melawat ke Shaanxi Province Meseum dan Xi'an Meseum. Kemudian selepas makan tegah hari, solat zohor di Masjid Dexuexixiang yang telah dibina pada 705 Dinasti Tang adalah salah satu masjid yang tertua di Xi'an. Kemudian dibawa melawat ke Southern Ancient Calture Street. Di watu petang melawat ke Hancheng Lake National Science Area. Kemudian membeli belah di  Luoma Shi Commercial Street. Selepas makan malam akan terus di hantar ke Xi'an International Airport. Waktu berlepas pada jam 12.15 a.m.


HARI KEENAM

Sampai di Kuala Lumpur Airport pada jam 5.15 a.m. pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment