Thursday, 15 October 2015

HONG KONG-SHENZHEN-GUANGZHOU,CHINA

PAKEJ PERLANCONGAN KE HONG KONG-SHENzEN-GUANGzHOU, CHINA



Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej pelancongan ke tiga tempat iaitu Hong Kong, Shen zhen & Guang zhou selama 6 Hari 5 Malam dan menawarkan harga serendah RM 2,999 seorang. Pakej ini adalah "Full Board" iaitu harga termasuk tiket penerbangan pergi balik, Cukai lapangan terbang di KLIA, Penginapan hotel betaraf 3bintang / 4bintang yang besertakan sarapan pagi di hotel, Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan yang termasuk didalam pakej, Tiket masuk ke lawatan & Makan tengah hari dan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga akan berubah mengikut tiket penerbangan semasa. Harga ini juga tidak termasuk harga "Tipping Tour Guide", Insuran dan makanan di dalam penerbangan. Kebanyakkan penerbangan Air Asia Airline. 


MENGEMBARA KE Hong Kong - Shenzhen - Guangzhou (6 Hari 5 Malam) 

Hong Kong bermula sebagai sebuah pulau pantai geografi yang terletak diluar pantai Selatan Cina. Walaupun poket penempatan telah berlaku di rantau ini dengan penemuan arkeologi sejak beribu-ribu tahun, rekod bertulis tidak dibuat sehingga pertunangan Kemaharajaan China dan Jajahan British di Wilayah ini. Hong Kong juga merupakan lokasi yang strategik dan terletak di Pearl River Delta dan Laut Cina Selatan yang menjadi salah satu kota yang paling kosmopolitan dan paling maju di dunia. Hong Kong menjadi pusat perdagangan internasional. 

Shenzhen ialah bandar raya utama di Wilayah Guangdong, China selatan, terletak di utara Hong Kong. Disebabkan liberalisasi ekonomi cina, kawasan ini menjadi zon ekonomi istimewa cina pertama yang paling berjaya. Sekarang ini ia memegang status pentadbiran subwilayah, dengan kuasa kurang sedikit daripada wilayah.

Guangzhou di kenali sebagai Canton atau Kwangchow, ia adalah salah satu lima Pusat Bandar Kebangsaan. Guangzhou juga merupakan salah satu tempat menarik untuk di kunjungi kerana ia merupakan sebuah tempat "syurga membeli-belah", juga punca utama pemborong untuk mendapatkan barang secara borong dengan kadar harga yang murah. 

Tempat yang dilawati di Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou


HARI PERTAMA

HONG KONG INTERNATIONAL AIRPORT
Perjumpaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA/KLIA2, tiga jam sebelum penerbangan berjumpa berdekatan informasi kaunter bersebelahan dengan Bibik Haritage Restoran dan Starbuck Kafe (selalunya penerbangan waktu tengah hari/petang). Pejalanan mengambil masa dalam 3 jam 50 minit untuk sampai ke Hong Kong International Airport. Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang telah berada diluar pintu ketibaan dan akan terus di hantar ke restoran halal untuk makan malam dan kemudian begerak ke hotel untuk daftar masuk dan peserta boleh berehat.

HARI KEDUA

STAR AVENUE
DISNEYLAND HONG KONG

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan di bawa melawat Star Avenue, Islamic Center, Jewelry, Ginseng Outlet (Tempat kerajaan yang wajib di lawati) dan Victoroa Peak Top Level adalah sebuah gunung di Hong Kong bahagian barat dengan ketinggian 552 meter yang tertinggi di Pulau Hong Kong. Selepas makan tegah hari peserta akan dibawa ke Hong kong Disneyland . Kemudian selepas makan malam peserta akan di hantar pulang ke hotel untuk berehat.


HARI KETIGA


FIVE RAM STATUE & YUEXIU PARK
SHANGXIAJIU ROAD SHOPPING

Selepas sarapan pagi di hotel dan daftar keluar , Peserta akan di bawa ke Guangzhou dan mulakan lawatan ke Yue Xiu Park & Five Ram Statue, merupakan simbol bandar Guangzhou. Kemudian akan dibawa ke Burning Cream Herbal Medicine Center & Kedai Kraftangan Jade. Selepas makan tengah akan di bawa solat di Masjid Huai Sheng, merupakan salah satu masjid yang tertua di Cina. Di waktu petang peserta akan dibawa membeli-belah di Shangxiajiu Road Shopping. Kemudian makan malam dan begerak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.


HARI KEEMPAT

XIGUAN ANCIENT GRAND HOUSE

Selepas sarapan pagi di hotel. peserta akan dibawa melawat Pulau Shamian, adalah kawasan bersejarah yang telah diwartakan dan berfungsi sebagai "colonial European period", dengan ruang pejalan kaki yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan bangunan bersejarah. Selepas makan tegah hari melawat Xiguan Ancient Grand House, berkhidmat sebagai kediaman untuk peniaga dan pegawai di purba Guangzhou. Peserta akan di bawa melawat ke makam Saad Abi Waqqas dan solat di sana. Di waktu petang akan di bawa membeli-belah ke Pasar Kain di Haiyinqiao . Kemudian dibawa makan malam di restoran halal berdekatan dan kemudian begerak ke hotel untuk berehat.


HARI KELIMA

SPLENDID OF CHINA & CHINA FOLK CULTURE VILLAGE

Selepas sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Peserta akan di bawa pergi ke Shenzhen. Sampai di sana akan dibawa melawat ke Mineral Museum & Silk Factory Shop. Selepas makan tegah hari  peserta akan di bawa ke "Bamboo Charcoal Daily Supplies Market". Kemudian pergi ke Splendid of China & China Folk Culture Village dengan persembahan kebudayaan. Selepas makan malam akan di hantar daftar masuk ke hotel di Shenzhen & berehat.


HARI KEENAM


Selepas sarapan pagi di hotel , peserta akan daftar keluar dan akan bertolak ke Guangzhou Airport . waktu pejalanan di ambil dalam masa 3 jam 55minit untuk sampak ke Kuala Lumpur Airport. 

No comments:

Post a Comment