Monday, 19 October 2015

SHANGHAI, CHINA

PAKEJ PERLANCONGAN KE SHANGHAI, CHINA


Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej perlancongan ke Shanghai, China juga selain Beijing, Guilin & Xi'an. Pakej berlangsung selama 5 Hari 4 Malam , penerbangan hanya ada setiap jumaat sahaja dan menawarkan harga serendah RM 2,099 seorang. Pakej ini "Full Board" iaitu harga termasuk tiket penerbangan pergi balik, Cukai lapangan terbang di KLIA, Penginapan hotel bertaraf 3 bintang / 4 bintang yang telah disertakan sarapan pagi di dalam hotel, Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan di dalam pakej, Tiket masuk ke lawatan & Makan tengah hari dan makan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga akan berubah mengikut tiket penerbangan semasa. Harga ini juga tidak termasuk harga "Tipping Tour Guide" , Insuran dan Makanan di dalam penerbangan. 

MENGEMBARA KE SHANGHAI, CHINA 

(5 HARI 4 MALAM)




Shanghai China yang terletak di tebing Delta Sungai Yangtze di China Timur ialah bandar raya terbesar Republik Rakyat China serta bandar raya yang kelapan terbesar di dunia. Dianggap secara meluas sebagai kubu kota ekonomi moden China, bandar raya ini juga bertindak sebagai salah satu pusat kebudayaan, perdagangan, kewangan, perindustrian dan komunikasi yang terpenting di China. Dari segi pentadbiran, Shanghai ialah kawasan perbandaran Republik Rakyat China yang berperingkat provinsi statusnya. Pelabuhan Shanghai juga merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia dan pernah menjadi pelabuhan kargo yang terbesar di dunia pada tahun 2005.




Tempat yang dilawati di Shanghai, China.


HARI PERTAMA


SHANGHAI PUDONG INTERNATIONAL AIRPORT

Perjumpaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA/KLIA2, tiga jam sebelum penerbangan ke shanghai. Berjumpa berdekatan informasi kaunter bersebelahan dengan Bibik Haritage Restoran dan Starbuck Kafe. Selalunya penerbangan pada waktu petang dalam linkungan jam 7 malam. Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam 10 minit untuk sampai ke Shanghai Pudong International Airport. Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang telah menunggu di luar pintu ketibaan dan akan terus di hantar ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.



HARI KEDUA



MASJID XIAOTAOYUAN
XIU HU WEST LAKE
Selepas sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat Masjid Xiaotaoyuan yang dibina pada tahun 1917, menjadi tempat agama untuk penduduk muslim Shanghai, tempat   pendidikan dan pusat aktivti kebudayaan. Peserta juga akan dibawa melawat ke Dataran Rakyat yang merupakan dataran awam yang terbesar di Shanghai. Selepas makan tegah hari, peserta akan dibawa ke "Bamboo Charcoal Center", di waktu petang pula akan pergi ke Bandar Hangzhou , yang merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang paling terkenal dan makmur di China. Kemudian peserta akan dibawa melawat ke tempat tumpuan utama Hangzhou iaitu "West Lake" atau "Xi Hu" menaiki cruise dan lawati Nansong Yu Street. Selepas makan malam, daftar masuk ke hotel Hangzhou dan berehat.


HARI KETIGA


MASJID HANGzHOU PHOENIX
LONGJING TEA PLANTATION
Selepas sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa melawat ke Masjid Hangzhou Phoenix, adalah salah satu daripada empat masjid yang terkenal di China. Kemudian peserta akan dibawa melihat ikan di Flower Pond yang terletak di kawasan seluas dua puluh satu hektar Selepas makan tegah hari peserta di bawa melawat Longjing Tea Plantation. Di waktu petangnya peserta akan di bawa pergi ke bandar Suzhou oleh pemandu pelancong, Suzhou mempunyai pemandangan yang indah, kaya dengan budaya dan produk pertanian yang banyak. Kemudian dibawa melawat Jinji Lake (Golden Rooster Lake) yang merupakan tasik terbesar di bandar pendalaman di China dan Bird Nest Suzhou. Selepas itu peserta dibawa melawat Suzhou Guanqian Street. Selepas makan malam daftar masuk hotel di Suzhou dan berehat.


HARI KEEMPAT

OUYUAN GARDEN (LOTUS GARDEN)
THE BUND (WAI TAN)

Selepas sarapan pagi di hotel. Melawat Taman Ouyuan (Lotus Garden) yang dibina pada Dinasti Qing (1644 - 1911) dan pada tahun 2000 telah disenaraikan sebagai tapak "UNESCO World Heritage". Kemudian selepas makan tegah hari, melawat Kilang Sutera. Di waktu petang pula peserta akan dibawa ke bandar Shanghai dan diberi aktiviti sendiri untuk peserta membeli-belah di Nanjing Road yang merupak jalan membeli-belah utama di Shanghai dan juga salah satu daripada jalan-jalan membeli-belah yang paling sibuk di dunia. Kemudian melawat ke The Bund (Wai Tan) adalah salah satu tempat simbol Shanghai di sepanjang Sungai Huangpu. Selepas makan malam, nikmati Huangpu River Cruise dan daftar masuk hotel di Shanghai dan rehat.


HARI KELIMA

XINTIANDI

Selepas sarapan pagi di hotel, melawat Masjid Puxi yang dibina pada tahun 1922. Kemudian melawat Tongrentang Scald Ointment Factory dan dibawa ke Jade center. Peserta kemudian dibawa makan tegah hari dan di bawa ke Xintiandi yang merupakan kawasan rekreasi yang baru dibangunkan dengan bangunan Shikumen gaya lama. Selepas makan malam dibawa ke Lapangan terbang Shanghai untuk berlepas ke Kuala Lumpur. dan peserta dapat pengalaman manis dan kenangan indah.  


Thursday, 15 October 2015

HONG KONG-SHENZHEN-GUANGZHOU,CHINA

PAKEJ PERLANCONGAN KE HONG KONG-SHENzEN-GUANGzHOU, CHINA



Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej pelancongan ke tiga tempat iaitu Hong Kong, Shen zhen & Guang zhou selama 6 Hari 5 Malam dan menawarkan harga serendah RM 2,999 seorang. Pakej ini adalah "Full Board" iaitu harga termasuk tiket penerbangan pergi balik, Cukai lapangan terbang di KLIA, Penginapan hotel betaraf 3bintang / 4bintang yang besertakan sarapan pagi di hotel, Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan yang termasuk didalam pakej, Tiket masuk ke lawatan & Makan tengah hari dan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga akan berubah mengikut tiket penerbangan semasa. Harga ini juga tidak termasuk harga "Tipping Tour Guide", Insuran dan makanan di dalam penerbangan. Kebanyakkan penerbangan Air Asia Airline. 


MENGEMBARA KE Hong Kong - Shenzhen - Guangzhou (6 Hari 5 Malam) 

Hong Kong bermula sebagai sebuah pulau pantai geografi yang terletak diluar pantai Selatan Cina. Walaupun poket penempatan telah berlaku di rantau ini dengan penemuan arkeologi sejak beribu-ribu tahun, rekod bertulis tidak dibuat sehingga pertunangan Kemaharajaan China dan Jajahan British di Wilayah ini. Hong Kong juga merupakan lokasi yang strategik dan terletak di Pearl River Delta dan Laut Cina Selatan yang menjadi salah satu kota yang paling kosmopolitan dan paling maju di dunia. Hong Kong menjadi pusat perdagangan internasional. 

Shenzhen ialah bandar raya utama di Wilayah Guangdong, China selatan, terletak di utara Hong Kong. Disebabkan liberalisasi ekonomi cina, kawasan ini menjadi zon ekonomi istimewa cina pertama yang paling berjaya. Sekarang ini ia memegang status pentadbiran subwilayah, dengan kuasa kurang sedikit daripada wilayah.

Guangzhou di kenali sebagai Canton atau Kwangchow, ia adalah salah satu lima Pusat Bandar Kebangsaan. Guangzhou juga merupakan salah satu tempat menarik untuk di kunjungi kerana ia merupakan sebuah tempat "syurga membeli-belah", juga punca utama pemborong untuk mendapatkan barang secara borong dengan kadar harga yang murah. 

Tempat yang dilawati di Hong Kong-Shenzhen-Guangzhou


HARI PERTAMA

HONG KONG INTERNATIONAL AIRPORT
Perjumpaan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA/KLIA2, tiga jam sebelum penerbangan berjumpa berdekatan informasi kaunter bersebelahan dengan Bibik Haritage Restoran dan Starbuck Kafe (selalunya penerbangan waktu tengah hari/petang). Pejalanan mengambil masa dalam 3 jam 50 minit untuk sampai ke Hong Kong International Airport. Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang telah berada diluar pintu ketibaan dan akan terus di hantar ke restoran halal untuk makan malam dan kemudian begerak ke hotel untuk daftar masuk dan peserta boleh berehat.

HARI KEDUA

STAR AVENUE
DISNEYLAND HONG KONG

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan di bawa melawat Star Avenue, Islamic Center, Jewelry, Ginseng Outlet (Tempat kerajaan yang wajib di lawati) dan Victoroa Peak Top Level adalah sebuah gunung di Hong Kong bahagian barat dengan ketinggian 552 meter yang tertinggi di Pulau Hong Kong. Selepas makan tegah hari peserta akan dibawa ke Hong kong Disneyland . Kemudian selepas makan malam peserta akan di hantar pulang ke hotel untuk berehat.


HARI KETIGA


FIVE RAM STATUE & YUEXIU PARK
SHANGXIAJIU ROAD SHOPPING

Selepas sarapan pagi di hotel dan daftar keluar , Peserta akan di bawa ke Guangzhou dan mulakan lawatan ke Yue Xiu Park & Five Ram Statue, merupakan simbol bandar Guangzhou. Kemudian akan dibawa ke Burning Cream Herbal Medicine Center & Kedai Kraftangan Jade. Selepas makan tengah akan di bawa solat di Masjid Huai Sheng, merupakan salah satu masjid yang tertua di Cina. Di waktu petang peserta akan dibawa membeli-belah di Shangxiajiu Road Shopping. Kemudian makan malam dan begerak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.


HARI KEEMPAT

XIGUAN ANCIENT GRAND HOUSE

Selepas sarapan pagi di hotel. peserta akan dibawa melawat Pulau Shamian, adalah kawasan bersejarah yang telah diwartakan dan berfungsi sebagai "colonial European period", dengan ruang pejalan kaki yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan bangunan bersejarah. Selepas makan tegah hari melawat Xiguan Ancient Grand House, berkhidmat sebagai kediaman untuk peniaga dan pegawai di purba Guangzhou. Peserta akan di bawa melawat ke makam Saad Abi Waqqas dan solat di sana. Di waktu petang akan di bawa membeli-belah ke Pasar Kain di Haiyinqiao . Kemudian dibawa makan malam di restoran halal berdekatan dan kemudian begerak ke hotel untuk berehat.


HARI KELIMA

SPLENDID OF CHINA & CHINA FOLK CULTURE VILLAGE

Selepas sarapan pagi di hotel dan daftar keluar. Peserta akan di bawa pergi ke Shenzhen. Sampai di sana akan dibawa melawat ke Mineral Museum & Silk Factory Shop. Selepas makan tegah hari  peserta akan di bawa ke "Bamboo Charcoal Daily Supplies Market". Kemudian pergi ke Splendid of China & China Folk Culture Village dengan persembahan kebudayaan. Selepas makan malam akan di hantar daftar masuk ke hotel di Shenzhen & berehat.


HARI KEENAM


Selepas sarapan pagi di hotel , peserta akan daftar keluar dan akan bertolak ke Guangzhou Airport . waktu pejalanan di ambil dalam masa 3 jam 55minit untuk sampak ke Kuala Lumpur Airport. 

Tuesday, 13 October 2015

MENGEMBARA KE GUILIN, CHINA

PAKEJ PELANCONGAN KE GUILIN, CHINA


Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej pelancongan ke Guilin, China selama 5 Hari 4 malam dan menawarkan harga serendah RM 1,999 seorang dan pakej ini "Full Board" iaitu harga termasuk tiket penerbangan pergi balik, Cukai lapangan terbang di KLIA, Penginapan hotel bertaraf 3bintang / 4 bintang yang besertakan sarapan pagi di hotel, Pengangkutan pejalanan ke tempat tempat di dalam pakej, Tiket masuk lawatan & Makan tegah hari dan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini akan berubah mengikut harga tiket penerbangan semasa. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd juga menawarkan "Ground" pakej iaitu harga tanpa tiket penerbangan pergi balik. Harga ini juga tidak termasuk "Tipping Tour Guide", Insuran dan Makan di dalam penerbangan. Kebayakkannya penerbangan Air Asia atau Mas Airline. Guilin hanya ada penerbangan pada hari selasa dan khamis.


MENGEMBARA KE GUILIN,CHINA (5 HARI 4 MALAM)


Guilin adalah merupakan salah satu tempat wisata di Cina yang patut dikunjungi. Guilin juga suatu daerah yang memiliki banyak gunung-gunung kecil yang menjulang tinggi dan memiliki aliran sungai yang panjang dan besar. Kota Guilin juga merupakan sebuah kota administrasi dengan luas sekitar 27,800 kilometer persegi (10.734 mil persegi), berada di timur laut Daerah Otonomi Provinsi Guangxi, Republik Rakyat Tiongkok. Kota Guilin terletak di tepi barat Sungai Li dan perbatasan dengan Provinsi Hunan di utara. Di Tiongkok, Kota Guilin dianggap mutiara kerana dari keindhan alam dan kekayaan sejarahnya. 

Tempat yang dilawati di Guilin, China.


HARI PERTAMA


ELEPHANT TRUNK HILL
Perjumpaan di lapangan terbang KLIA2, tiga jam sebelum penerbangan selalunya pada jam 5.55 a.m. Berjumpa berdekatan dengan informasi kaunter bersebelahan dengan Bibik Haritage Restoran dan Starbuck Kafe. Perjalan mengambil masa dalam 3 jam 55 minit untuk sampai ke Liangjiang International Airport, Guilin. Sampai pada jam 9.50a.m. Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang telah berada diluar pintu ketibaan, kemudian akan bermula perjalanan melawat ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi zhuang ia dikatakan salah satu destinasi perlancongan yang terkenal di Cina. Selepas itu pemandu pelancong membawa pergi makan tegah hari di restoran halal tempatan dan kemudian solat zohor di Masjid Gulin yang dibina pada tahun 1971 adalah ibu pejabat Persatuan Islam di Wilayah Guangxi. Kemudian dibawa melawat ke zizhau Park yang terletak di pantai timur Sungai Lijiang dan melalui Elephant Trunk Hill di seberang sungai. Disini peserta boleh mengambil gambar kenangan di Elephant Trunk Hill , di mana ia merupakan image yang sangat realistik lambang bandar Guilin. Kemudian peserta berpeluang untuk menikmati minuman teh cina. Selepas makan malam , betolak ke hotel di Guilin untuk daftar masuk dan berehat.


HARI KEDUA


LIJIANG RIVER
SILVER ROCK SCENIC SPOT

Selepas sarapan pagi di hotel, melawat jewelry. Kemudian dibawa melawat ke Lijiang River oleh cruise. Sungai Lijiang adalah penjelmaan Guilin Landskap. Pada waktu petang tiba di Yangshuo, kemudian dibawa melawat ke Silver Rock Scenic Spot ia adalah "typical karst topography", merentas puncak 12, gua floor-style, di dalamnya ada kumpulan geologi usia yang berbeza pertumbuhan stalaktik, berkilauan, putih dan sempurna seperti langit malam dan di bawah kecondongan Milky Way, berkelip keluar seperti perak, dan bersinar seperti berlian. Selepas itu melawat ke Yangshuo West Street, selepas makan malam daftar masuk hotel Yangshuo dan berehat sambil menikmati keindahan gunung dan "River Show".


HARI KETIGA


ANCIENT SOUTHERN GATE
Selepas sarapan pagi di hotel, melawat Silk Factory. Melawat Yangshuo Grand Banyan Tree yang mempunyai lebih daripada satu ribu tahun yang lalu, ia adalah lambang jangka hayat di Guilin. Peserta akan dibawa melawat ke Ancient Southern Gate yang dibina 621 dan mempunyai sejarah 1400 tahun. Lawati Baoshutang Scald Ointment Factory. Kemudian pelanggan boleh mengambil gambar di Nine-Turning zigzag Brige yang merupakan simbol bertuah dan kebahgiaan. Juga melawati Bamboo Charcoal Center. Selepas makan malam dan balik ke bilk rehat, kemudian melawat Cormorant Fishing Show dan Two Rives & Four Lakes.


HARI KEEMPAT

GOLDEN & SILVER TWIN TOWER

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa melawat ke Mulong Lake yang terletak di persimpangan Sungai Lijiang dan Folded Brocade Mount, dan ia mempunyai sejarah yang panjang Purba Dinasti Song City, yang banyak peninggalan sejarah dan budaya. Kemudian melawat Taman ASEAN. Di waktu petang peserta akan dibawa melawat ke Fir Lake . Fir Lake ini bergabung dengan Banyan Lake menjadi dua  zamrud tertanam di kawasan pusat bandar Guilin, dan merupakan parit bandar Guilin pada Dinasti Tang. Peserta juga diberi peluang mengambil gambar di tin Golden & Silver Twin Tower sebagai kenang-kenangan. Peserta juga berpeluang dapat merasa "Foot Massage" di Chinese Herbal Medicine Center. Melawat juga zhengyang Pedestrian Street yang mempunyai sejarah yang lebih daripada satu ribu tahun dan juga menjadi pusat membeli-belah di Guilin City. Selepas makan malam , kembali ke hotel dan berehat.



HARI KELIMA

Selepas sarapan pagi di hotel, akan di hantar ke Guilin Airport 2 jam sebelum penerbangan kerana penerbangan selalunya pada jam 10.45 a.m. waktu perjalanan selama 4 jam 5 minit dan sampai di lapangan terbang Kuala Lumpur pada 2.45 p.m. Selamat pulang ke rumah.


Monday, 12 October 2015

MENGEMBARA KE XI'AN, CHINA

PAKEJ PELANCONGAN KE XI'AN, CHINA


Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. juga menawarkan pakej perlancongan ke Xi'an, China selama 6 Hari 4 Malam dan menawarkan harga serendah RM 1,899 seorang , harga ini akan berubah mengikut harga tiket penerbangan semasa . Pakej ini juga menawarkan harga "Ground" iaitu harga tanpa tiket penerbangan pergi balik dan juga "Full Board" iaitu harga termasuk penerbangan pergi balik, Cukai lapangan terbang di KLIA, Penginapan hotel yang bertaraf 3 bintang / 4 bintang yang disertakan sarapan pagi di hotel,  Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan di dalam pakej, Tiket masuk lawatan & makan tengah hari dan  makan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga tidak termasuk "Tipping tour guide",  Visa masuk ke china, Insuran dan Makan di dalam penerbangan. Selalunya penerbangan yang di ambil adalah AirAsia Airline atau Mas Airline. Penerbangan biasanya pada hari Isnin ataupun Selasa.



MENGEMBARA KE XI'AN , CHINA (6 Hari 4 Malam)


XI'AN adalah ibu kota dari Provinsi Shaanxi di Republik Rakyat Tiongkok dan juga sebuah kota sub-provinsial. Sebagai salah satu kota tertua di Tiongkok, Xi'an adalah salah satu dari Empat Ibu kota Kuno Tiongkok karena kota ini telah menjadi pusat pemerintahan banyak dinasti-dinasti Tiongkok yang paling berpengaruh, termasuk Zhou, Qin, Han, Sui, dan Tang. Xi'an juga adalah titik paling timur dari Jalan Sutra dan dikenal sebagai situs bersejarah Prajurit Terakota dari masa Dinasti Qin. Kota Xi'an memiliki sejarah lebih dari 3.100 tahun dan dikenal sebagai Chang'an sebelum era Dinasti Ming.

Sejak tahun 1990-an, sebagai bagian dari tonggak kebangkitan ekonomi pedalaman Tiongkok terutama untuk wilayah tengah dan barat laut, kota Xi'an telah bertumbuh sebagai pusat budaya, industri dan pendidikan yang penting, dengan berbagai fasilitas pengembangan dan penelitian untuk ilmu pengetahuan, militer dan program antariksa Tiongkok.

Tempat yang dilawati di Xi'an, China

HARI PERTAMA

Perjumpaan di Lapangann Terbang KLIA/KLIA2 (bergantung pada tiket penerbangan AirAsia atau Mas Airline) berdekatan dengan informasi kaunter bersebelahan dengan Bibik Haritage Restoran dan Starbuck Cafe dan berjumpa tiga jam sebelum penerbangan. Kebiasaanya penerbangan pada jam 6.15 p.m.(waktu Malaysia) dan perjalanan mengambil masa dalam lima jam untuk sampai ke Xi'an Xianyang International Airport. 


HARI KEDUA


ANCIENT CITY WALL


Sampai di Xi'an Xianyang International Airport pada jam 11.15 p.m.(waktu Malaysia). Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang berada diluar pintu ketibaan, kemudian akan hantar peserta untuk "check-in" hotel dan berehat . Sarapan di hotel pada jam 7 a.m. dan akan meneruskan perjalanan pada jam 8 a.m / 9 a.m untuk melawati sekitar Xi'an, merupakan salah satu daripada bandar-bandar yang tertua di dunia yang mempunyai sejarah yang jelas dan yang kaya dengan budaya. Ia bukan sahaja tempat kelahiran Negara China, tetapi juga tempat kelahiran civilianization manusia di Asia dan pusat kebudayaan tamadun besejarah. Xi'an juga menjadi pusat ekonomi Islam di Barat China, Selepas makan tegah hari, kemudian di bawa melawat ke Ancient City Wall outlook . Sebelum pulang ke hotel, makan malam di restoran makanan halal dan kembali ke hotel untuk berehat.



HARI KETIGA



BIG WILD GOOSE PAGODA SQUARE
GREAT XI'AN MESEUM
MUSLIM STREET
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta di bawa melawat ke kilang sutera. Selepas makan tengah hari, di bawa solat di Masjid Great Xi'an yang dibina pada tahun 742 semasa Dinasti Tang, ia adalah salah satu masjid yang tertua dan terbesar di China. Lawatan ke "Muslim Street" yang mempunyai sejarah lebih daripada seribu tahun dan kini Xi'an pusat bandar makanan ringan yang Halal. Kemudian pelanggan akan menikmati minuman teh china secara percuma, Lawati juga Big Wild Goose Pagoda Square yang dibina pada 589 persegi bertema Dinasti Tang. Kemudian di bawa membeli-belah di Great Tang All Day Mall Street selepas makan malam dan kembali ke hotel untuk berehat.

HARI KEEMPAT 



TERRACOTTA WARRIORS
JADE CENTER
Selepas sarapan pagi di hotel, Lawatan ke Terracotta Warriors, merupakan koleksi pahlawan dan kuda ditemui pada tahun 1974. Terracotta telah dikebumikan dengan Maharaja pertama Qin di 210-209SM kini di panggil sebagai "Eighth World Wonder". Kemudian selepas makan tengah hari, solat di City Southern Mosque yang mempunyai sejarah 500 tahun semasa Dinasti Qing, dan kemudian peserta akan di bawa melawat tiga warna kilang seramik (Tree-Color Ceramic Factory) untuk melihat proses pembuatan terracotta itu dan melawat Jade Center. Pada di sebelah petang, melawat  untuk Baoshutang Scald Ointment Factory. Kemudian di bawa membeli-belah ke Bell & Drum Tower Square Shopping Mall. Selepas makan malam, pulang semula ke hotel untuk berehat.


HARI KELIMA



SHAANXI PROVINCE MESUEM 


SOUTHERN ANCIENT CALTURE STREET
HANCHENG LAKE NATIONAL SCIENCE AREA

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa melawat ke Shaanxi Province Meseum dan Xi'an Meseum. Kemudian selepas makan tegah hari, solat zohor di Masjid Dexuexixiang yang telah dibina pada 705 Dinasti Tang adalah salah satu masjid yang tertua di Xi'an. Kemudian dibawa melawat ke Southern Ancient Calture Street. Di watu petang melawat ke Hancheng Lake National Science Area. Kemudian membeli belah di  Luoma Shi Commercial Street. Selepas makan malam akan terus di hantar ke Xi'an International Airport. Waktu berlepas pada jam 12.15 a.m.


HARI KEENAM

Sampai di Kuala Lumpur Airport pada jam 5.15 a.m. pulang ke rumah.

Thursday, 8 October 2015

KEMBARA SUFI menjelajah ke CHINA.



KEMBARA SUFI TRAVEL & TOURS SDN. BHD. adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej-pakej berasaskan islamik, ia juga sepenuhnya dimiliki daripada agensi pelancongan Bumiputra. Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. yang terletak di Seksyen 15, 40100 Shah Alam Darul Ehsan. Bermula operasi sejak 21 Disember 2012. Antara pakej yang ditawarkan oleh Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Kemboja, China, Australia dan Korea. Diasaskan oleh Al-Ustaz Fadzil Bin Hidzir & Ahmad Idzuan Bin Dato' Haji Sulaiman , Syarikat Perkongsian. Bermula dari tahun 2006, Pengarah Urusan Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. terlibat dalam bidang perniagaan dengan usaha dalam pemasaran, pengurusan, perkhidmatan, dan agensi pelancongan. Walaupun hanya bersenjatakan sedikit pengalaman semasa belajar dalam memberikan perkhidmatan perlancongan melawat ke negara luar yang telah berjaya.

Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd telah terlibat secara aktif dalam menyediakan dan menguruskan tiket penerbangan pakej perlancongan lawatan penyelidikan pelajar pakej bulan madu, permohonan visa , dan perkhidmatan lain lagi. Mengenai dengan kos lawatan ianya ti dak akan membebankan pelanggan. Tempat yang sering dilawati dan menjadi tumpuan pelancong adalah negara China. Di antara tempat lawatan di China ialah Beijing, Xian, Guilin Shanghai, Hong Kong- Shen zhen - Ghuang zhou & Ghuang zhou- Shenzhen dengan memaparkan dan mengupas sejarahdi setiap negara yang dilawati demi mendapatkan pengalaman dan kebaikan kita bersama. Disamping itu ianya dapat mengeratkan silatulrahim. Insyaallah Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. akan melaksanakan tugas sebaik mungkin demi memaksimumkan kepuasan dan memberi informasi yang berguna dalam rangka menerangkan tempat-tempat bersejarah yang bakal anda lawati.


Selain itu, pihak Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. mengalu-alukan anda untuk menjelajah ke negara China untuk merasai pengalaman bersejarah di sebuah tamadun tertua di dunia. Semoga usaha kami ini mempermosikan tamadun sejarah yang tertua di dunia ini dapat memberikan satu pengalaman kepada kita bersama dan dapat merapatkan ukhwah diantara satu sama lain. Akhir kata jelajahlah dan galilah sejarah tamadun tertua di dunia ini, semoga anda mendapat mutiara di dalamnya.


Sekian, dari kami Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd.





PAKEJ PELANCONGAN KE BEIJING, CHINA


Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej-pakej percutian ke China. Antara pakej perlancongan yang kami sediakan ialah Beijing, Xi'an , Guilin, Shanghai, Hongkong - Shenzen - Guangzhou, & Guangzhou - Shenzen .

Kami menawarkan pakej melancong ke Beijing, China selama 7 Hari 5 Malam dengan harga serendah RM 1,899 seorang dan harga ini akan berubah mengikut harga tiket penerbangan semasa.Ini termasuk tiket penerbangan pergi balik, cukai lapangan terbang di KLIA, penginapan Hotel yang bertaraf 3 bintang / 4 bintang beserta sarapan pagi, Pengangkutan perjalanan ke tempat-tempat lawatan yang ada di dalam pakej, tiket masuk lawatan & makan tegah hari dan makan malam di restoran halal yang terpilih. Harga ini juga tidak termasuk harga tipping untuk Tour Guide, visa untuk masuk ke China, Insuran dan juga makan di dalam penerbangan.


MENGEMBARA KE BEIJING, CHINA (7 HARI 5 MALAM)


China merupakan merupakan salah satu tamadun berterusan yang tertua di dunia. Kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan Cina kuno daripada Dinasti Shang.

Beijing pula adalah Ibu kota dari Republik Rakyat Tiongkok dan salah satu kota terpadat di dunia, dengan populasi 19.612.368 pada tahun 2010. Kota ini merupakan negara politik , budaya, pusat pendidikan dan militer. kota metropolitan di wilayah utara Republik Rakyat Tiongkok adalah ibu kota Republik Rakyat Tiongkok. Beijing termasuk satu dari empat kotamadya di Republik Rakyat Tiongkok, yang sebanding dengan provinsi dalam struktur administrasi pemerintahan Tiongkok. Berbatasan dengan provinsi Hebei di utara, barat, selatan dan beberapa bagian di timur, dan dengan Tianjin di wilayah tenggara.

Tempat yang dilawati di Bejing, China

HARI PERTAMA

Perjumpaan di Airport KLIA2 / KLIA (bergantung pada tiket penerbangan AirAsia/Mas Airline) di kaunter informasi berdekatan dengan starbuck restauran tiga jam sebelum penerbangan .Penerbangan pada jam 7.10 p.m.(waktu malaysia) . pejalanan mengambil masa dalam enam jam lima minit.

HARI KEDUA

FORBIDDEN CITY
Sampai di Beijing International Airport pada jam 1.15a.m. (waktu malaysia) , perbezaan diantara waktu Malaysia dan Bejing adalah sama. Disana akan dijemput oleh pemandu pelancong yang berada di pintu keluar ketibaan dan peserta akan di hantar ke hotel untuk berehat. Sarapan di hotel pada jam 6.30 pagi dan akan meneruskan pejalanan pada jam 8 pagi / 9 pagi untuk melawat Tian An Men Square adalah salah satu tempat yang merupakan  dataran terbesar di dunia, bersempadan dengan Dewan Besar Rakyat dan Pengerusi Makam Mao, dan kemudian melawat Kota larangan (Forbidden City). Berhenti di Kedai Sutera (Silk Store) yang paling terkenal, yang mempunyai pelbagai jenis bahan-bahan sutera dengan kualiti yang terbaik.Kemudian Menikmati keindahan Persembahan Akrobati selepas makan malam dan balik ke hotel untuk berehat.

HARI KETIGA



MUSEUM JADE
THE GREAT WALL

Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan pagi melawat ke Muzium Jade. Hari ini juga merupakan kemuncak pelancongan China, peserta dapat mendaki Tembok Besar China (The Great Wall of China). Makan tengah hari akan diaturkan di restauran muslim tempatan berhampiran  Tembok Besar China, diikuti beberapa masa untuk membeli-belah di Crystal Shop. Melawat ke Pusat Burning Cream . Kemudian selepas makan malam, melawat Beijing No.1 Street-Wang Fu Jing Shopping Street dan Pasar Makanan Malam (Night FoodMarket) disana mempunyai makanan ringan yang halal. Kemudian balik ke hotel untuk rehat.

HARI KEEMPAT



SUMMER PALACE

MASJID NIUJIE
Selepas sarapan di hotel kemudian melawat ke Fresh Water Pearl Centre pembukaan di hari ketiga. Kemudian peserta melawat ke Istana Musim Panas(Summer Palace), ia merupakan taman empayar terbesar di China. Sebelum makan tengah hari, peserta akan di sediakan Profesional Urut Kaki di Pusat Perubatan Tradisional China dan kemudian berhenti solat di Masjid Niujie yang terkenal. Peserta juga diberi peluang melihat Muslim Supermarket , adalah merupakan satu-satunya pasaraya bagi umat islam di Beijing. Kemudian disana peserta berpeluang untuk menikmati minuman tea China percuma yang amat sedap diminum pada musim sejuk di Tea House. Selepas makan malam peserta akan di bawa ke Pasar Xiushui , ia merupakan bazar yang paling popular di Beijing. Pulang ke hotel untuk berehat selepas penat berjalan seharian.

HARI KELIMA



THE BIRD NEST

THE WATER CUBE
Sarapan di hotel dan kemudian akan di bawa peserta ke The Bird Nest dan The Water Cube untuk sesi begambar dengan pemandangan yang tercantik di Beijing. Kemudian diberi peluang membeli-belah di Olympic Sponsor Jewelry City. Selepas makan tengah hari peserta akan dibawa membeli-belah ke Yang Guang Jin Jie Market.Kemudian makan malam dan kembali ke hotel untuk berehat.

HARI KEENAM

Pada hari terakhir di Beijing diberi peluang untuk mengemas barangan persendirian dan sarapan di hotel sebelum "check-out" untuk makan tegah hari di restauran halal. Kita akan menghabiskan masa di pusat membeli-belah pada saat terakhir di Yaxiu yang popular dan menarik yang berada di Beijing. Kemudian pergi menikmati makan malam di restauran halal yang terakhir di Beijing. Pemandu Pelancong akan membawa semua peserta ke lapangan terbang Beijing (Beijing International Airport). 

HARI KETUJUH

Sampai di Airport KLIA/KLIA2 . Perjalanan mengambil masa dalam enam jam dua puluh lima minit . Peserta kembali kerumah masing-masing dan mendapat memori dan pengalaman yang menarik.